About Experiment Kitchen

IT STARTED
AS AN
EXPERIMENT.

Dari sebuah gerai kecil pada tahun 2015, kami terus belajar, mencuba dan membina tempat makan untuk dinikmati bersama.

Experiment Kitchen food
Our Beginning

FROM A
SMALL
STALL.

Experiment Kitchen bermula secara kecil-kecilan pada tahun 2015, daripada sebuah gerai yang berpindah-randah menyertai pelbagai acara di seluruh Malaysia. Waktu itu, macam-macam kami jual dan cuba — daripada sandwich dan pasta hinggalah ayam penyet.

Nama Experiment Kitchen juga lahir daripada perjalanan tersebut. Disebabkan belum pandai memasak, kami rajin pergi kelas, belajar resipi dan mencuba macam-macam idea. Sampailah seorang kawan berkata, “Kau ni asyik experiment saja. Letaklah nama Experiment Kitchen.” Sejak hari itu, nama tersebut terus melekat.

Pada tahun 2016, kami membuka kedai rasmi pertama di Jalan Cheras Maju. Experiment Kitchen kemudiannya mula dikenali dengan hidangan Western dalam talam — portion besar, pilihan banyak dan memang dibuat untuk dinikmati bersama.

Hari ini, Experiment Kitchen menjadi tempat untuk keluarga berkumpul, kawan-kawan lepak dan sesiapa yang datang dengan perut betul-betul lapar. Walaupun sudah berkembang, semangat kami masih sama: terus belajar, terus mencuba dan terus menghidangkan makanan yang puas dinikmati bersama.

The Journey

THEN. NOW.
STILL EXPERIMENTING.

2015

Bermula dengan gerai kecil dan menyertai pelbagai acara di seluruh Malaysia.

2016

Kedai rasmi pertama dibuka di Jalan Cheras Maju.

APR 2025

Cawangan Experiment Kitchen Sungai Merab mula dibuka.

TODAY

Dikenali dengan Western dalam talam untuk dinikmati bersama.

Come Hungry

YOUR TALAM
EXPERT.

Find Your EK